" Kita tak perlu mencari seseorang yg SEMPURNA untuk menjadi teman hidup, cukuplah mempunyai seorang TEMAN yg menjadikan kita SEMPURNA apabila bersamanya...."
my journey

~my happy family~

Friday, October 21, 2011

~Mushroom Soup with Garlic Bread~


Mushroom soup ni buat sendiri , beli yg maggie mushroom soup tu je then tambah whipe cream or fresh milk utk lebih creamy ja...
Garlic bread pulak just beli apa2 roti yg sesuai, sapu butter then tabur bwg putih yg diracik halus then bakar sekejap...taraa...jadilah seperti di atas..hehe

~home made thin crust pizza~

pizza ni dinamakan thin crust pizza coz buat nipis sikit, selalu buat yg gebu dan lembut..tp camni lagi sedap rasanya...

ok kita tgk cara2 dan bahan2nya:-

~THIN CRUST PIZZA~
sumber:http://hanamemories.blogspot.com/, http://myresepi.com/



::Doh pizza::
2oogm/2 cawan tepung gandum
20gm/2st yis segera
1/2 st garam
1/2 st gula
2 sb Shortening/lmk sayur
2 sb susu tepung
1/2 cawan air suam utk menguli

:: Sos Pizza::
1 labu bwg besar (cincang halus)
2 ulas bwg putih (cincang halus)
2 biji tomato (cincang halus)
2 sb myk masak
3 sb ciligiling- resepi asal ltk puri tomato (sy x sk rs tomato yg msm)
2 sb sos cili
1 st oregano/mix herbs
1 kiub ayam - optional, kalau x mau guna just letak perasa+gula+garam je
isi ayam/ayam cincang - ida slalu guna ayam fresh amik dkt bhg isi sja,ptg dadu

::Topping::
sosej/sotong/udg/tuna
Lada benggala traffic light merah kuning hijau
tomato - ida sk tomato ceri
cendawan butang
bwg,nenas,etc. can put your fav vege.
keju mozarella

~~Cara-Cara~~
~Untuk doh pizza~
1.Campur tpg gandum,yis,garam,gula dan susu tepung dlm mankuk besar. gaul rata. masukkan air suam dan uli sehingga sebati. masukkan shortening dan uli hingga lembut dan tpg tidak melekat di tangan.
2. Rehatkan adunan selama 1 jam atau sehingga adunan td naik sekali ganda. tumbuk adunan td utk keluarkan angin.
3. Canai adunan ke dalam loyang yg telah di gris dgn marjerin/butter sehingga menutupi loyang. cucuk permukaan doh dgn garfu agar tidak menggelembung sms membakar. Ketebalan lebih kurang 1cm - 2cm.4. Sapukan sos pizza dia atas doh, kemudian bkar selama 25 mnt atau sehingga doh agak masak. (sebelumtu panaskan oven sehingga 200 degree)
4.Keluarkan loyang doh dr oven.Parutkan mozarella cheese ke atas doh, susun topping atas doh dan akhir sekali taburkan lebihan cheese di atas doh.
5.Bakar doh lebih kurang 10 minit atau hingga cheese cair.

~~Sos Pizza~~
1.Panaskan myk. tumis bwg besar dan bwg putih yg dicincang hingga layu. masukkan isi ayam dan goreng hingga garing.
2. Masukkan cili giling, sos cili, tomato cincang, kiub ayam. Kacau hingga pecah myk/msk.
3. Taburkan oregano/mix herbs (optional) x da pun x pa.

*topping,sos dan ketebalan doh boleh diubah2 mengikut citarasa sendiri. mcm kat pizza hut tu..hehe..




~Birthday anis 2yrs~

Akum,

so seperti yg dijanjikan, this is the n3 for anis b'day party....
sebenarnya terasa malas nk karang pjg2 so just enjoy the picture. ...:)

sebelum tu....just nak share my feelings on that day. .....
Rasa sgt bertuah dan bersyukur kpd Allah coz i'm honoured with two priceless treasure in my life...even my life was moderate but i always feel that i'm the richest woman in da world with their love...

>>>>>>>>>>>>>check it out!!!!!!!

birthday cake...


anis with her princess cake


happy birhtday sayang...hope this will be your sweetest memory to remember and i know it does....


last year anis tenung je lilin kat kek tu, this year berkali2 tiup lilin,padam suh nyalakan blk..hehe...potong kek pun dah pandai..hehe


syg umi..mmuah



alolo...sweetnyer ank umi nih...



another sweet memory in my life...alhamdulillah


arissa pun excited ja tgk kek kakak, next will be yours ye dik tomei...:)



2 lovely little princess


antara kaum kerabat yg hadir...best dpt gether camni


antara juadah yg dihidangkan...most of it was home made :) menu utama fettucini olio (by umi), laksa (from mak tok) , pizza loaded (by umi) , baked cheese macaroni (by mak ndak)
so yummy...hehe























~@nis turns 2~

akum,
entry kali ni kita layan gmbr dulu ye....:P
>>>>>>>>>>>>>

org dah nak blk baru dia sibuk nak makan..ha tokak tlg jelah..hehe


beef steek


ns mandi ayam & mandi paha kambing


manja babah



artis malam ini...memperkenalkan nur arissa mohd soleh (adik ksygn anis)
>>>>>>>>>>>>>




Story line:_



cpt sungguh waktu berganjak, rasa cam baru semalam je dok labor room 12 jam tuk lahirkan anis...tup tup dah dua tahun dah ank umi ...dah tu anis pun dah jd kakak dah...:)




alhamdulillah, syukur atas semua yg Allah kurniakan. So sempena ulangtahun kelahiran anis kali ni umi cuma doakan agar anis membesar dan menjadi insan yg "Solehah + Cerdik, Sihat + Cergas, Sopan santun + Cantik". amin


Nur Anisah Mohd Soleh - i'm two year's already umi!



ok kita smbung lagi cerita sempena birhtday anis, oleh kerana birhtday anis jatuh pd 5hb Oct /rabu so x leh la wat bday party on that day coz umi n babah keja. tp untuk mendapatkan sentimental value of that day (cantiknya ayat..hehe) kami berempat tetap celebrate bday anis dgn dinner kat luar. just 4 of us, babah bwk kami g satu restoran ala2 arabian (ni idea umi lani)...siap duduk bersila atas carpet..time order babah suh umi yg order coz bab2 camni umi mmg terror..hehe..so umi order nasi mandi ayam + coppuchino ice blended utk umi, nasi mandi peha kambing + teh ais utk babah n for anis umi order fries & mushroom soup ja. then satu lagi menu tambahan beef steek..(yg ni babah nak try)...so anis mmg teruja tgk org ja smpi makan pun x brapa layan..arissa behave ja...ramai peminat lak tu smpi kakak jeles n terus peluk adik dia tu.hehe..lawak tul kak anis ni..syg betul kat adik smpi x kasi org lain main ngan adik dia tu...



Note: gmbar kat atas ye (ala2 monolog )



ok smpi sini dulu ..psni kita citer pasal bday party anis lak ye...




wslam






Wednesday, September 7, 2011

** RiAnG Ri@ HaRi RaY@**




Assalamualaikum, lama betul rasanya x mengupdated blog ni. Memang teringin sgt nk updated blog ni sekerap mungkin mcm blogger2 lain , tp rasanya x terdaya lagi. tunggulah si kecik tu besar sikit baru leh tenang ngadap laptop tuk updated blog ni..hehe.

Oklah,merujuk kepada tajuk di atas ( dah mcm surat rasmi la plak :) ) raya tahun ni mmg best. Mana x best dpt beraya umah mak abah. tp sebenar nya mak abah ke umah mertua ke x jauh bezanya sebab umah mak abah ngan umah mertua x jauh pun, 15 minit ja jrk umah..hehe (kalu jalan kaki x blh la 15 minit ye).

Hari raya pertama seperti biasa umi akan buat rendang ayam fav umi..hehe. kali ni buat lebih sikit sbb tahun2 lepas cpt sgt abis, x puas makan. so ptg tu dah ready dah rendang ayam. then umi msk tuk berbuka n resepi utk last berbuka haritu adalah fettucini olio udang besar..hehe..
mak ngah lak wat laksa extra pedas. ha kali ni puas hati sgt tgk my family mkn dgn berselera skali..hehe..(budget sedap sgtla tu).

Malm pulak umi buat kuih oreo black beauty...first time try ni. tergoda tgk gmbr kuih ni kat blog kak ita. smpi kul 1 gak la baru siap bkr semua. Nasib baik anis n arissa dikelola oleh mak2 sedara n pak sedara mrk..hehe

Rsnya dah out of topic ni tak pun kena tukar tajuk jadi "persediaan sambutan hari raya" haha.
ok berbalik kepada topic asal, hari raya kali ni special sgt coz kali ni beraya bersama org baru. tahun lepas bertiga tahun ni berempat. kak anis pun dah keletah berckap dah teruja sgt nk beraya. sonok tgk dua bradik tu pakai bj kurung sedondon comel bangat.
kak anis tahun ni baru kenal mercun bawang, tp dia pgl "bom".ha ganas kan kak anis ni. dia punya la happy kalau dpt main bom tu. so hari2 mintak nak main, x kira pg sian mlm. smpi hari raya pun dia nak main bom.(anak sp la ni). lagi lucu bila time tido pun dia mimpi main bom...tgh tido tiba2 ckp bom bom siap ngan asik membalin mercun bwg..hehehe.

Hari raya umi beraya dkt2 umah je, mlm blk umah nenek kat pendang. anis ikut mak ngah beraya smpi ptg.so kali ni umi ngan babah beraya bertiga je ngan arissa.huhu. kat rumah pulak mmg x putus2 org dtg. dr sebelum sembahyang raya smpi ke ptg. Malam lepas blk dari umah nenek terus blk umh mak tok sedaka (umah mertua). besoknya kami ke perlis tgk nenek tua (tok hubby). hari2 berikutnya beraya ja keja, tak g beraya rumah org, org dtg beraya umah.

Kesimpulannya tahun ni mmg raya sakan..hehe
Oklah setakt ni jelah karangan umi ye...sekali updated berjela..




ok kat bwh ni antara gmbr di pagi syawal :-






tgk kak anis senyum..abis comel dah la tu..hehe




<3suami tercinta<3



<3 anak2 manja babah <3





wassalam :)