" Kita tak perlu mencari seseorang yg SEMPURNA untuk menjadi teman hidup, cukuplah mempunyai seorang TEMAN yg menjadikan kita SEMPURNA apabila bersamanya...."
my journey

~my happy family~

Monday, July 23, 2012

⌣»̶·̵̭̌·̵✽̤̈Iftar hari ke 4✽̤̈·̵·̵̭̌«̶⌣

spagetti aglio olio sempoi



Hari ni simple je...wat spagetti olio, suppose letak udang baru best tp x sempat g market so letak je sosej ngan udang kecik..huhu..alhamdulillah rasanya x mengecewakan...hehe..

Makanan lain sebenarnya adalah juadah nasi dan lauk pauk yg desediakan oleh mertua.  Mertua ida kalau berbuka mmg wajib makan nasi tp menantu dorang ni dari kecik dah biasa x berbuka ngan nasi so msk la apa yg nak mkan. ( some time rembat nasi gak)hehe..

Ok for recipe boleh tgk kat bawah ni ye....selamat mencuba :)
( resepi kat bwh ni menggunakan bahan2 yg sepatutnya la ye, kat atas versi sempoi..hehe)

~spaghetti olio~
~~resepi~~

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram spaghetti, rebus hingga lembut atau ikut arahan pada paket spaghetti
udang size sederhana, kupas kulitnya (bedal je udang kecik ke besar..hehe)
cendawan butang
brokoli
1sb sos tiram
1 biji bawang Holland saiz sederhana, dadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca teh chili flakes (cara ida->ambil 3 or 4 tgkai cili kering, basuh dan goreng hingga agak garing dan tumbuk or blend hingga jd flakes.sebelum tu gris je kuali sikit ngan myk or butter)
Serbuk lada hitam secukupnya (ida guna jenama cosway)
1/2 camca teh herba Thyme kering (kalau ada)
1 kiub ayam maggie

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan minyak zaitun dalam kuali . Tumis bawang holland, tomato cincang dan bawang putih hingga layu.
masukkan udang dan sos tiram. Masak hingga udang berubah warna. time ni boleh letak brokoli dan cendawan butang dan biar agak masak.Then masukkan herba thyme,kiub ayam dan spaghetti, gaul rata2.masukkan chili flakes Rasa dan jika kurang masin, boleh tambah sedikit garam. Masak sekejap dan boleh matikan api. Hidangkan segera...
*boleh tabur parmesan cheese jika suka
boleh ganti udang dgn ayam or sosej, dan sayur pun boleh letak ikut citarasa..hehe

⌣»̶·̵̭̌·̵✽̤̈ Iftar hari ke 3 ✽̤̈·̵·̵̭̌«̶⌣

telur bistik


tapia merah goreng





~telur bistik~
~~resepi~~

bahan
2 biji telur
ayam bahgian isi/dada(potong kiub)
udang size sederhana(buang kulit)
sos tiram
serbuk lada putih

Untuk Sos Bistik

sedikit minyak
sedikit cili blender
1 kiub ayam maggie
1 ulas bawang merah- dimayang
2 ulas bawang putih- di mayang
sedikit halia-dihiris nipis
sos tomato
sos cili
sos tiram
sedikit lobak merah dipotong halus
bunga kubis potong kecil
1/2 buah tomato-dipotong dadu
1 biji lada merah-dipotong seron
air
daun limau purut (optional->ida tambah)

Cara Membuat

perap ayam dan udang dgn sos tiram dan serbuk lada. then goreng hingga masak.
pukul telur hingga kembang,mskkan ayam dan udang yg digoreng tadi. goreng hingga masak seperti telur dadar. dah masak letak dlm pinggan sesuai.
then buat sos nyer pulak.

Sos Bistik

Panaskan kuali, tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.masukkan sedikit cili blender dan kiub ayam.kacau hingga naik bau.kemudian masukkan sedikit air.
masukkan pula sos cili, sos tomato, sos tiram.biarkan hingga mendidih.

Kemudian masukkan pula hirisan lobak merah, hirisan cili merah, hirisan halia dan buah tomato yang dipotong dadu.kacau lagi hingga bebetul sebati.Bila da masak (agak pekat) boleh la tuangkan keatas telur yang di goreng tadi.Tadaaaa da pun siap.Enak dimakan bersama nasi panas-panas ok.

* kalau nk letak mix vege pon boleh, nak tambah vege lain selain lobak merah pon boleh.tambahkan jugak hirisan bawang besar dipotong bulat-bulat*

Sunday, July 22, 2012

⌣»̶·̵̭̌·̵✽̤̈ Iftar hari ke 2 ✽̤̈·̵·̵̭̌«̶⌣

Puding laici lapis cheese

~Puding Laici lapis cheese~
Bahan:
1 paket agar2 serbuk (10gm)agar2 biasa pun boleh
3 cawan air (cawan metrik)
8 sudu besar gula ~ lebih kurang 3/4 cawan metrik
1 kotak/300ml uht whipping cream (anchor)
250g cream cheese (tatura)
1 tin laici ~ dimesin/blend dgn 1 cawan air laici dlm tin (tinggalkan 2-3 bj laici dan siat2kan)


Cara:
Masakkan agar2 serbuk bersama air hingga mendidih kemudian masukkan gula.
Masak lagi hingga gula hancur dan masukkan laici yg diblend.
Dalam periuk lain masukkan whipping cream dan biar hingga mendidih, perlahan kan api kemudian masukkkan cream cheese. kacau hingga cheese cair.
bila dah cair tapiskan adunan cheese ke dalam adunan agar2 laici tadi dan gaul sebati.
Masak seketika hingga nampak wap keluar dan tutup api.
Tuangkan kedalam acuan dan biarkan sejuk.
Kemudian masukkan dalam peti ais.
Hidangkan bersama lebihan air laici dan sedikit laici yg disiat2kan.

*puding akn jadi dua lapis dengan sendirinya bila sudah agak sejuk.

Saturday, July 21, 2012

⌣»̶·̵̭̌·̵✽̤̈ Iftar hari 1 ✽̤̈·̵·̵̭̌«̶⌣

puding peach



1st iftar sebenarnya ida masak spicy tomyam ayam with bihun..tp x sempat snap pic. kelam kabut sikit aritu coz mertua ida berbuka dengan nasi and lauk pauh so tolong dia prepare lauk pauk tu yg x sempat snap pic.
for recipes nanti ida update ye...hehe..sebenarnya amik resepi kat majalah saji June/12.

Tuesday, July 10, 2012

~PHOTO CONTEST~

Jom join ramai2, Firstly sebelum joint make sure anda boleh pickup freebies tu sendiri dkt pick up point yg kami tetapkan ye. boleh rujuk kat page pickup point ye.

Apa tunggu lagi?????

Selamat mencuba.

 Sapa nak join ikuti langkah mudah di bawah:
1. Like us at Sis cake house & cafe
2.Email gambar menarik anda bersama kek ke siscakehousecafe@yahoo.com
3.Gambar paling byk like akan diumum sebagai pemenang.


find us on facebook Sis cake house & cafe





Tuesday, June 19, 2012

~My new baby~

Happy sgt dgn newborn ni, dah lama nantikan saat ni.  
My new baby ialah my biz online, utk lgkah pertama bg menunjukkan kesungguhan utk buat real biz ala2 secret recipes ni, ida dan adik2 dah apply ROB dengan nama sis cake house and cafe.  buat sementara waktu ni kami menjalankan aktivit membaking di rumah je dulu.  Perancangan masa depan nak buka satu cafe cake n western/local food yang serve cake bermutu dan sedap serta makanan2 ala barat dan juga local.  InsyaAllah. Doakan la ye kawan2 agar impian ida ni dpt jd kenyataan.

Walaupun masih baru bertapak atau lebih tepat lagi baru ada jejak tp mmg harapan setinggi gunung agar suatu hari nanti my biznez at sis cake house & cafe akan berkembang dan moga apabila diwarisi oleh anak cucu satu hari nanti akan jadi tersohor di seluruh negara...ce wah....hehe.Macam dialog dlm sebuah telemovie ni kata "mimpi biar smpi ke langit so kalau x smpi langit pun smpi bintang pun jadilah".hehe.

Ok storynya macam ni, sejak beberapa bulan ni ida mmg suka sgt buat kek and post dlm fb. secara tak langsung ramai mbr2 komen dan x kurang ada yg nak tempah. so minat punya pasal ida pun beranikan diri amik tempahan and alhamdulillah mendapat feedback yang baik dari kawan2.  Hari demi hari ada ja tempahan dari kawan mahupun kenalan fb sahaja, so ida dah mula simpan angan2 nk wat biz part time dgn cara online, so ida buat la fan page fb yg bernama ida's recipes cloud dan upload semua gmbr kek dan msakan yg ada dlm koleksi ida. x cukup dengan itu ida buat satu lagi blog dengan nama yg sama lengkap dgn email sekali. hehe..

Nak dijadikan cerita , adik ida yg ketiga baru mula kerja sbg marketing exec kat satu local com yg baru bertapak ni, so 1st assignment dia kena jg booth kat "himpunan usahawan jom niaga' yg berlangsung di UiTM Merbok.  Adik ajak pergi coz dia kata kat situ nanti ada seminar dan booth2 dari berbagai agensi bg usahawan yg baru nak buat biznes.  So apalagi, apply cuti and terus ajak adik yg sorang lagi pergi.

Nasib kami baik sbb mmg byk info yg kami dpt dan dpt Register biz dgn nama sis cake house and cafe.  Nama ni adik yg bagi..hehe. ok la tu since dorang pun akan secara x langsung jadi tulang belakan tuk biz ni gak nanti..hehe.  so dengan register nama baru ida dah tukar fan page, email dan blog kepada nama baru tu...

ha panjang gak story ni ek walaupun dah diringkaskan.hehe
so buat kawan2 yg ingin rasa kek ida silalah lawati fanpage dan website kami ye.
InsyaAllah rasa, rupa dan harga kami x akan mengecewakan anda..hehe..
Our tag line " good look, good taste, good price"

Jom ramai ramai ke :-

our blog
our fb fan page

Kalau ada yg berkenan tu order la ye..ada special disc for my blog reader..(ada ke?)hehe..

Wednesday, June 13, 2012

~hari-hari adalah hari bapa~

selamat hari bapa


Saja ja buat kek khas utk abah.  Selalu buat kek yg org order or buat utk makan abh x boleh nak makan coz manis..hehe.  Hari tu birthday abah 23.05.12 x sempat wat kek utk dia sbb bz ngan kenduri adik 26.05.12 so ni kira ganti la ..hehe.. so ida buat cheese kek  kurang manis special tuk abah.  alhamdulillah dia suka n byk dia makan.  yg best siap potong n suruh amik gmbr dia tu. dah la x pakai baju..hehe..kalau x memang susah nak bergambar.