|
spagetti aglio olio sempoi |
|
|
|
Hari ni simple je...wat spagetti olio, suppose letak udang baru best tp x sempat g market so letak je sosej ngan udang kecik..huhu..alhamdulillah rasanya x mengecewakan...hehe..
Makanan lain sebenarnya adalah juadah nasi dan lauk pauk yg desediakan oleh mertua. Mertua ida kalau berbuka mmg wajib makan nasi tp menantu dorang ni dari kecik dah biasa x berbuka ngan nasi so msk la apa yg nak mkan. ( some time rembat nasi gak)hehe..
Ok for recipe boleh tgk kat bawah ni ye....selamat mencuba :)
( resepi kat bwh ni menggunakan bahan2 yg sepatutnya la ye, kat atas versi sempoi..hehe)
~spaghetti olio~
~~resepi~~
BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram spaghetti, rebus hingga lembut atau ikut arahan pada paket spaghetti
udang size sederhana, kupas kulitnya (bedal je udang kecik ke besar..hehe)
cendawan butang
brokoli
1sb sos tiram
1 biji bawang Holland saiz sederhana, dadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca teh chili flakes (cara ida->ambil 3 or 4 tgkai cili kering,
basuh dan goreng hingga agak garing dan tumbuk or blend hingga jd
flakes.sebelum tu gris je kuali sikit ngan myk or butter)
Serbuk lada hitam secukupnya (ida guna jenama cosway)
1/2 camca teh herba Thyme kering (kalau ada)
1 kiub ayam maggie
CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan minyak zaitun dalam kuali . Tumis bawang holland, tomato cincang dan bawang putih hingga layu.
masukkan udang dan sos tiram. Masak hingga udang berubah warna. time ni
boleh letak brokoli dan cendawan butang dan biar agak masak.Then
masukkan herba thyme,kiub ayam dan spaghetti, gaul rata2.masukkan chili
flakes Rasa dan jika kurang masin, boleh tambah sedikit garam. Masak
sekejap dan boleh matikan api. Hidangkan segera...
*boleh tabur parmesan cheese jika suka
boleh ganti udang dgn ayam or sosej, dan sayur pun boleh letak ikut citarasa..hehe